Berita gembira dari malaysia..

May 22nd, 2007 by untukmuteman

Usaha sama industri, universiti diperhebatkan

PUTRAJAYA 21 Mei – Kerajaan sedang memperhebatkan usahasama antara industri dan universiti bagi memastikan pelajar-pelajar mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh pasaran terbuka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usahasama itu juga dilakukan bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan kualiti universiti supaya setanding dengan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia.

Menurutnya, usaha-usaha itu dilakukan kerana kerajaan mendapati masih terdapat jurang antara kemahiran pelajar dan yang diperlukan oleh industri.

‘‘Justeru, kerajaan sedang memperhebatkan usaha-usaha tersebut supaya jurang itu dapat dirapatkan. Sebagai contoh menerusi perjanjian yang dimeterai dengan Infosys Technologies Ltd. yang berpangkalan di India dan Microsoft di Amerika Syarikat.

‘‘Melalui kerjasama kedua-dua syarikat multimedia serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ternama dunia itu, diharap dapat melahirkan graduan ICT yang memenuhi kehendak pasaran kerja.

‘‘Malah, saya diberitahu bahawa program Infosys amat berjaya di mana seramai 93 pelajar dan tujuh tenaga pengajar telah menunjukkan prestasi terbaik berbanding pelajar dari universiti lain di dunia yang sedang menjalani latihan di syarikat itu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar-Pelajar Kebangsaan (MPPK) di sini hari ini.

Mesyuarat MPPK yang diadakan hari ini merupakan kali pertama bagi tahun 2007. Seramai 150 orang wakil pelajar daripada 19 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 16 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menghadirinya.

Menurut Najib, selain memenuhi pasaran terbuka, lepasan program Infosys dan Microsoft akan mudah diterima untuk bekerja dan memperoleh pendapatan lebih tinggi.

‘‘Sebagai contoh mereka yang mempunyai sijil Microsoft akan mendapat pendapatan 30 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tidak memiliki sijil tersebut,’’ jelasnya.

Mengenai hasil pertemuan beliau dengan 150 wakil MPPK itu, Najib berkata, antara isu yang dibentangkan ialah perkongsian pintar antara IPTA dan IPTS terutama dalam bidang penyelidikan dan pemindahan kredit.

Turut diutarakan ialah penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarela, isu kebajikan orang kurang upaya (OKU) di universiti dan kesan teknologi kepada akhlak mahasiswa.

‘‘Selain itu, mereka mencadangkan supaya asrama-asrama tambahan didirikan bagi memastikan pelajar dapat tinggal di dalam kampus,’’ katanya.

Tambah beliau, semua pandangan itu akan dijadikan input kepada kerajaan terutamanya dalam penambahbaikan universiti.

mampukah aku bersabar??

May 13th, 2007 by untukmuteman

astaghfirullahal’azim.. allazi laa ilaaha illa wal hayyul qayyum.. waatuubuilaih.. ana sedang futur.. sesungguhnya rasa tidak mampu lagi untuk bersabar.. siapa yang nak tolong ana nih.. siapa yang nak tegur ana bila ana buat silap nih?? ana nak kawan2 yang tegur dan marah ana.. tak pun kawan2 yang mampu buat ana rasa bersalah..bila ana buat salah.. ya Allah.,. beratnye siksaan perasaan ni.. ana sedang berjuang melawan diri sendiri.. ana rasa xkuat sungguh.. ana toleh sekeliling.. mencari kalau2 ada sumber kekuatan.. untuk ana tumpang berpaut.. masyaAllah.. ana jadi takut.. kenapa ini yang ana saksikan.. ana xmau saksikan ini.. ya Allah.. tlg ana.. tlg ana..

ana xtau nak cakap macammana..tapi sesungguhnya ana rasa sedih yang amat amat sangat.. sedih dgn apa yang trjadi dgn sahabat2 ana di sini.. ana syg dorang sumer.. tapi kenapa dorang pilih jalan macam ni.. masa datang m’sia, manis dan ayu bertudung.. sampai sini semua berterbangan.. astaghfirullah.. ana sedih bila tgk kawan2 ana pakai mengalahkan artis hindi.. benarkah? melayu mudah lupa? tapi ana marah ni.. ana betul2 marah.. ana marah pada diri sendiri sbb ana x cukup kuat untuk menegur.. ana x punya kekuatan untuk menegur.. astaghfirullah.. ana jadi buntu dan tertekan sendiri.. ana fikir betapa ana nak cepat pulang ke malaysia.. betapa pengecutnya ana.. pengecut? tak!! ana xnak jadi pengecut.. ana perlu lakukan sesuatu.. perlu!! tapi bagaimana?? Ya Allah..kembalikan sahabat2 ana ke jalanMu.. berilah kekuatan.. tunjukkan jalan kepada kami ya Allah.. segalanya atas kehendak Mu jua..

kawan2.. ana mmg bukan org yg paling baik untuk menegur..krn ana bukan ahli agama.. ana bukan ustazah, ana juga xpernah masuk sekolah agama.. sekaligus tidak melayakkan ana untuk tegur korang sumer.. tapi ana ada satu tiket… ana orang islam..dan setiap orang islam wajib melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar.. kalau korang x suka pun ana kene cakap gak.. ana kene bagitau gak.. dan kalau korang rasa nak marah, korang boleh marah ana.. ana xkisah..ana lagi suka kene marah?oh!

korang pelajar2 yang canggih manggih sekelian.. korang yang terror wat programming, terror database, terror java, terror terrorist sekelian…

klu korang sangka kita akan jadi hebat sebab teknologi..korang silap besar.. minta maaf kalau ana cakap.. itu satu kesilapan paling besar yang pernah manusia lakukan.. bukan sekarang, tapi sejak berkurun lamanya.. hebat ke korang kalau dapat 5 cgpa? oh.. apatah lagi yang tidak 5 cgpa nya!!!

kawan2 ku.. kalau Allah pandang kita berdasarkan teknologi..betapa banyak umat-umat terdahulu yang lebih hebat teknologi nya dari kita.. tapi Allah musnahkan mereka sebab KUFUR!

kalau Allah pandang kemodenan, betapa umat2 terdahulu punya kemodenan yang jauh lebih baik dari kita namun Allah binasakan mereka kerana mereka ingkar!!..

masa sampai di india ni, ana fikir akan hanya ada 2 kumpulan..

kumpulan pertama:

lihat sekeliling dan terfikir ‘ramainya manusia yang sembah patung.. bersepah patung merata-rata. Alhamdulillah..aku terpilih untuk agama yang mulia-ISLAM. bersyukurnya aku.. ya Allah..pelihara iman aku’

kumpulan kedua:

Lihat sekeliling dan terfikir- ‘Wow.. bestnyer.. aku dah terlps dari pandangan mak bapak yang sibuk jer kongkong aku.. nak buat tu xboleh, nak buat ni xboleh.. aku dah terlepas dari undang-undang kolot yang xbagi aku buat tu, xbagi aku buat ni.. kat sini aku bebas jadi diri aku yg sebenar..(ye ker?? oh!).. xsiapa akan peduli ngan apa aku nak buat.. kalau ada yang sibuk2 tu pergi mampusla dgn dorang.. pergi mampus dgn undang2.. pergi mampus dgn hukum hakam.. pergi mampusla dgn Tuhan!!(na’uzubillah)..’

hah.. ade ke yang berani cakap mcm tg ke-2 tu?? mesti punya sumer org ckp.. kitorang mane ade smpi cakap cam tu.. come on la kawan2.. korang mmg x voice up.. tapi korang kene ingat yang your actions speaks much2 louder..

hmm.. ana harap2 sangat.. semua fikir balik keadaan kita.. dgn bawa imej ISLAM di nama masing2.. xmalukah mencemar nama ISLAM dgn kebodohan sendiri.. korang cuma perasan hipokrit bila korang jadi baik dan rasa cam hipokrit.. tapi korang mmg betul2 hipokrit bila korang buat xtentu arah dgn alasan konon2 xnak hipokrit..

ana minta maaf kalau bahasa terkasar.. ana xreti nak cakap dgn cara hikmah dan lemah lembut.. minta maaf la kelemahan ana tuh.. bukan tujuan nak memalukan sesapa atau pin point kat sapa2. sapa2 yang baca termasuk la ana yg tulis ni pun(tax tau sedar diri lagi tu) ambik la yang mana2 baik.. buang la yg mana xelok..

ADIOSS..

~a_m2007~

jangan tangisi apa yg bukan milikmu

April 25th, 2007 by untukmuteman

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa
sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai,
kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah
berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu
menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa,
masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih
ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu,
majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan.
Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.
Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang
kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan
menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar
bahwa hidup ini tidak punya hanya satu hukum: harus sukses, harus bahagia
atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa asalnya itu semua
pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang.
Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal
dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan
hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang
memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, samada ianya rezeki, jabatan
atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan
milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri
kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada
dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum
Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita
terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu
gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai
setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tidak
sedar kita memaksa Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik
dalam istikharah kita tetapi benar-benar memaksa Allah: "Pokoknya harus
dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita
jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya
kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh
jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tapi
melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan
boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.
Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa
berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus
benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus
benar-benar perlu, bila ada relevannya dengan harapan kita akan
bahagia di akhirat. Karena seorang Mu’min tidak hidup untuk dunia, tetapi
menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat
kelak.
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Allahu a’lam..

di ubah suai dari artikel yg di forward oleh seorang teman di ambil dari- Eramuslim

april 14 –>

April 14th, 2007 by untukmuteman

ya Allah..beri aku kekuatan atas rasa lemah ini..

ya Allah.. bersihkan hati ku..

selamatkan aku dari sifat2 yg keji..

kurniakan aku ilmu yg berkat..

amin..

MARAH???!!!!

April 13th, 2007 by untukmuteman

"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Tingkat kekuatan seseorang dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza. Ada yang mampu menghadapi kesusahan dengan perasaan tenang. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan kecil saja dianggapnya begitu besar. Semuanya bergantung pada kekuatan ma’nawiyah (keimananan) seseorang.

Pada dasarnya, tabiat manusia yang berbagai: keras dan tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor, berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman akan menghadapi orang lain dengansikap pemaaf, tenang,dan lapang dada.

Adakalanya, kita merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita hilang sedar. Kita merasa tidak mampu menerima penghinaan itu. Kecuali, dengan marah atau bahkan dengan cara menumpahkan darah. Na’udzubillah .

Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi saw. Dengan maksud ingin meminta sesuatu pada beliau. Beliau memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik padamu."

Badwi itu berkata, "Pemberianmu tidak bagus." Para sahabat merasa tersinggung, lalu mengerumuninya dengan kemarahan. Namun, Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.

Kemudian, Nabi saw. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa Barang tambahan untuk diberikan ke Badwi. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik padamu?"

Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat."

Keesokan harinya, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Nah,kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar engkau dengar, kemudian engkau tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti masuk neraka. Namun, karena sayalayan dengan baik, maka ia selamat."

Beberapa hari setelah itu, si Badwi mau diperintah untuk melaksanakan tugas penting yang berat sekalipun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redha.

Rasulullah saw memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak panik menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah sikapnya. Kalau pun saat itu, dilakukan hukuman terhadap si Badwi, tentu hal itu bukan kezaliman. Namun, Rasulullah saw. tidak berbuat demikian.

Beliau tetap sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah,baginda ingin menunjukkan pada kita bahwa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya daripada harta benda apa pun.
Adakalanya, Rasulullah saw. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah pribadi melainkan karena kehormatan agama Allah.
Rasulullah saw. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari)
Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. Turmudzi)
Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri di kala mendapat ejekan, maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya maupun masyarakatnya.

Seorang hakim yang tidak mampu menahan marahnya, tidak akan mampu memutuskan perkara dengan adil.

Dan, seorang pemimpin yang mudah tersalut nafsu marahnya, tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya.Lalu ia akan sentiasa menimbulkan sikap permusuhan dalam masyarakatnya.

Begitu juga pasangan suami-isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa. Mereka tidak akan mampu melayarkan bahtera hidup. Karena, masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangannya.

Bagi orang yang imannya telah tumbuh dengan subur dalam dadanya. Maka, tumbuh pula sifat-sifat jiwa besarnya. Subur pula rasa kesedaran dan kemurahan hatinya.

Kesabarannya pun bertambah besar dalam menghadapi sesuatu masalah. Tidak mudah memarahi seseorang yang bersalah dengan begitu saja, sekalipun telah menjadi haknya.
Orang yang demikian, akan mampu menguasai dirinya, menahan amarahnya, mengekang lidahnya dari pembicaraan yang tidak patut.
Wajib baginya,melatih diri dengan cara membersihkan dirinya dari penyakit-penyakit hati.Seperti, ujub dan takabur, riak, sum’ah, dusta,mengumpat dan lain sebagainya.

Dan menyertainya dengan amalan-amalan ibadah dan ketaatan kepada Allah, demi meningkatkan darjat yang tinggi di sisi Allah swt.

Dari Abdullah bin Shamit, Rasulullah saw. bersabda, "Apakah tiada lebih baik saya memberitahu tentang sesuatu yang dengannya Allah meninggikan gedung-gedung dan mengangkat derajat seseorang?" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah.

Rasulullah saw bersabda, "Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu. Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mau bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau." (HR. Thabrani)

Sabdanya juga, "Bahwasanya seorang hamba apabila mengutuk kepada sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit. Lalu, dikunci pintu langit-langit itu buatnya. Kemudian, turunlah kutukan itu ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya.

Kemudian, berkeliaranlah ia kekanan dan kekiri. Maka, apabila tidak mendapat tempat baru, ia pergi kepada yang dilaknat. Bila layak dilaknat (artinya kalau benar ia berhak mendapat laknat), tetapi apabila tidak layak, maka kembali kepada orang yang mengutuk (kembali ke alamat si pengutuk)." (HR. Abu Dawud

-Artikel ni menyentuh perasaan ana..kerana saat ana membaca artikel ni..mmg ana sedang dilanda kemarahan.. ana marah pada ’seseorang’.. puas sudah ana cuba tenangkan diri.. alhamdulillah.. akhirnya Allah temukan ana artikel yg buat ana benar2 terpukul.. ana nak jadi org yg kuat.. so kene la tahan marah ni..-a_m2007

..::ADAM…HAWA::..

April 8th, 2007 by untukmuteman

Apa yang tiada di syurga,namun adam rindukan hawa..lalu allah ciptakan hawa ersonname dari tulang rusuk adam..saling melengkapi antara satu sama lain..diciptakan hawa dari tilang rusuk adam bukan di kepalanya untuk dijunjung,bulan juga di kakinya untuk dijadikan pengalas,tapi di sisinya untuk dijadikan teman,dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai dan disayangi.

Nah,aku kira kalian memahami,cuma memohon secebis pengertian dari kalian..hawa dijadikan allah sebagai memenuhi fitrah..dan tiadalah suatu apa pun yang dijadikan allah itu sia-sia.masing-masing dengan peranan sendiri bersesuaian dengan kudrat yabg allah beri..

Adam…

Mungkin kalian tidak menyedari,atau mungkin kalian terlupa..kalian ada tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan ummah,

seringkali kalian mendamba kesempurnaan,menolak kekurangan insan ersonname> bernama hawa..mana mungkin tulang rusuk yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus,maka di bahu kalian jualah letaknya tugas untuk membetulkan tulang rusuk yang bengkok itu.

Lihatlah di sekitar kita hari ini,betapa hibanya hati melihat perilaku muda mudi,siapa yang patut di salahkan?Bukan niatku mencari kesilapan orang lain,tapi ini semua bertitik tolak dari kealpaan kita menjalankan amanah allah di muka bumi ini..

Adam..

Pernahkan kalian terfikir betapa di bahu lembut si hawa,bisa melenakan bayi yang tertidur..di situlah jua tergalas beban yang pastinya tidak dapat hawa tunaikan tanpa panduan dan bimbinganmu..dan pernahkan kalian terfikir,betapa hebatnya air mata yang diciptakan allah untuk hawa, sebagai wasilah hawa melampiaskan duka… dan adakah kalian pernah terfikir,jerih payah ibu kalian membesarkan dan mendidik kalian,dari manakah demua kekutan itu si hawa dapati?

Adam,bukan niatku memanjangkan bicara,jauh sekali meluahkan rasa,cuma aku ingin kalian mengerti,bahawa kita semua punyai tanggungjawab yang amat besar..percayalah dan sememangnya aku ersonname> kanterus percaya.. Di belakang setiaplalaki yang berjaya, ada wanita yang mendorongnya.

Aku bersyukur kerana aku lahir sebagai wanita,bilamana islam mengangkat martabat wanita..betapa aku rasa maha pemurahnya allah yang maha besar hinggakan syurga anak berada di bawah kedua tapak kaki ibu..betapa besarnya penghormatan itu,tak layak rasanya untuk hawa menerima pengiktirafan ini..

Adam..

Ku harap kau mengerti.aku bukanlah sesiapa,bukan aku mencari teman sehebat sulaiman,kerana aku jua bukan sehebat balkis,bukan jua aku mengharap teman setampan yusuf,kerana aku bukanlah zulaikha.bukan jua aku pinta teman seteguh ibrahim kerana aku tahu aku tak sekuat hajar..cuma izinlan aku mengutip sisa sisa kehebatan khadijah,rafik terakrab rasul,jua secebis sabar fatimah pendamping ali, dan sekelumit bijaksana aisyah,humaira’kesayangan rasulullah..

http://virtualfriends.net/main/?frame=1

~a_m2007~

tenang..redha..ikhlas..

April 2nd, 2007 by untukmuteman

tenang lah jiwa.. setiap manusia mahukan jiwa yang tenang.. kerana ketenangan menghilangkan segala resah.. ketenangan membuat kita rasa senang dalam kesusahan..rasa gembira dalam kesedihan.. rasa kaya dlm kemiskinan.. ketenangan tidak wujud dalam keresahan.. ia impian semua orang tapi ia adalah milik Allah.. Allah memberi rasa tenang kepada sesiapa shj yg DIA mahu.. rasa tenang hadir di saat kita mampu untuk redha.. dan redha bukanlah sesuatu yang mudah.. ia xsemudah diucap.. sesorang yang mengatakan dia redha dengan setiap yang diterima belum tentu benar2 redha dengan hati nya.. redhakah kita jika masih wujud rasa tidak puas hati.. redhakah jika masih rasa tidak cukup… kebanyakan kita pasrah dengan setiap yg berlaku bukan kerana kita redha.. tapi kerana kita xpunya pilihan lain.. lalu kita mengatakan kita ‘redha’.. tapi itu adlah redha yang tidak ikhlas.. dan tanpa redha yang ikhlas.. bagaimana akan ada ketenangan?? ana mengharapkan ketenangan.. ketenangan itu adalah anugerah Allah..justeru ana harus redha dengan setiap ketentuan Allah.. bukan sahaja redha malah ana harus ikhlas menerima segala-galanya.. ya Allah..ampunkanlah segala dosa..segala khilaf ana.. ana ingin ketenangan.. ampunkan segala dosa ana.. kerana ketenangan xwujud dlm jiwa yg berdosa…

persepsiku berubah

March 28th, 2007 by untukmuteman

diam tak diam sdh lebih sebulan ana ade kat india.. bumi yang xpernah terfikir pun untuk dijejaki..tapi Allah yang tentukan segala.. di mana ana akan berada.. bila..semua dalam perancangan Allah.. dan semua ada sebab dan hikmah tersendiri..

sebelum dtg ke india, yg terbayang ialah seperti apa yg sering di gambar kan di filem2 bollywood.. ana terbayang perempuan2 india yg ’seksi’ dengan sari.. ana terbayang kuil2 yang banyak terdapat di sini.. ana terfikir betapa susahnya ana nak sesuaikan diri di sini..

bila dah sampai.. minggu pertama.. mmg homesick.. rindu nak balik rumah..rasa xbestnya duduk di sini.. tapi ana sabarkan diri.. terbayang wajah mak, teringat pelukannya masa hantar ana kat pan pasific klia.. teringat ayah.. pesanan ayah suruh ana belajar betul2.. ana rasa bebanan itu tergalas di bahu.. ana rasa yg ana akan kecewakan semua orang kalau ana xperform.. ana rs benar2 terbeban "sbb ana buat semua sebab org"..

once dah start training.. masa ni la persepsi ana berubah.. ana dapat tengok macammana org2 di sini belajar.. dorang xbelajar sebab diorang kene belajar.. dorang belajar sebab diorang suka belajar.. nampak ilmu dorg natural..becoz they love it.. tanya la apa saja soalan.. diorang dapat jawab macam benda tu simple jer.. the knowledge is a part of them.. benda yg bertahun-tahun ana belajar kat malaysia..baru betul2 ana faham, cuma ambil masa 1 bln shj..subhanaLLah.. nampak sangat selama ni ana xikhlas belajar.. ana belajar bukan sebb ana nak tau.. dan paling ana terasa.. yg buat ana sedar ialah trainer2 ana..dan mereka tu sumer bukan org islam.. masyaAllah.. kenapa ana sebagai org islam..xboleh ambil kesempatan ni.. ana ade kelebihan lebih dari dorang sebab ana orang islam.. benda ni yang motivate ana.. insyaAllah..semoga Allah bantu ana..permudahkan segala urusan ana di sini.. dan ana mula mencintai ilmu yang ana pelajari.. juga ana mula suka culture india.. apa yg dipaparkan di filem2 mungkin berlaku..tapi bukan gambaran sebenar masyarakat india.. dan paling best.. ana dah x homesick.. walaupun ana masih tetap rindukan malaysia.. harap semua doakan ana.. sebab apa yg ana ada hanyalah doa2 kalian..org2 yang ana sayang..

tudung???

March 25th, 2007 by untukmuteman

Kisah ini pernah sy baca sebelum ni, di tulis dalam bahasa indonesia, yang sy kongsi di sni adalah versi alih bahasa.. even dh baca banyak kali, still rs tersentuh tiap kali baca.. xdpt di pastikan sama ada ini kisah benar atau tidak, tapi yang pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari… semoga ada manfaatnya pada semua.. a_m2007

HAKIKAT TUDUNG

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seoranggadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada  wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat  lesi……entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh…… lengan panjang pula tu…saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah… saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahaiAllah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan…..saya berlari masuk ke dalam  rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas  memeluknya……..dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi… Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai…hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu  Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnyakecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung…pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh  tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan
bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi  telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu… tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung… mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat  semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila  kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada  rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT  murka… belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha  Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk  matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya
dan saya lihat  tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,  wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang mengundang  dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin
Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam…

Berdoalah.. ia senjata mukmin

March 24th, 2007 by untukmuteman

Doa Memohon Keampunan

"Ya Tuhanku,! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui . Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi". (QS. 11:47)

Doa Memohon Pertolongan

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Jangan bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak terdaya kami memikulnya.Dan maafkan kesalahan kami serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir.
( Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Doa Selamat Dari Perasaan Dengki

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Hasyr: 10).

Doa Kelapangan Hati

"Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thâha: 27)

Doa Memohon Perlindungan Dari Banyak Hutang

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia."

Doa Penerang Hati

"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku"

Doa Memohon Agar Sentiasa Bersyukur

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
( Surah Al Ahqaaf ayat 15.)

Doa Ketetapan Iman

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya
(Surah Al Imran ayat 8)

Doa Dilindungi Dari Keaiban Diri

Rasulullah (SAW) bersabda, "Barangsiapa yang menghendaki Allah tidak membongkar keburukan amalannya di hari kiamat dan tidak membuka kesalahannya, hendaklah ia berdoa setiap kali selepas sembahyang,

"Ya Allah, sesungguhnya pengampunanMu lebih aku harapkan daripada amalanku, sesungguhnya rahmatMu lebih luas dan dosaku. Ya Allah sekiranya dosaku besar di sisiMu maka pengampunanMu lebih besar dan dosaku. Ya Allah sekiranya aku tidak layak untuk mencapai rahmatMu maka rahmatMu layak untuk sampai kepadaku dan melapangkan aku kerana ia meliputi segala sesuatu dengan rahmatMu wahai Yang Maha Pengasih."

Doa Memohon Perlindungan Dari Ilmu Yang Tak Bermanfaat

"Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. Dan dari hati yang tidak kusyuk.Dan dari doa yang tidak diendahkan dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya.Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari syak wasangka dan dari kemusyrikan dan dari munafiq dan dari keburukan akhlak dan budi pekerti.

Doa Untuk Mendapat Rezeki Yang Halal

Maksudnya : "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."

Penjelasan :
Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Sesiapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas berbayar dan dirinya akan merasa kaya dari orang yang kaya lainnya. Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.

Doa memohon ilmu yang baik , Rezeki dan Kesihatan

"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit."

Doa Untuk Mendapat Cahayamata

" Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik"
(Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 89).

Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.

Doa Ketika Bercermin

"Ya Allah! Engkaulah memperindahkan kejadian, maka indahkanlah budi pekertiku serta haramkan wajahku dari api neraka. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan keseimbangan pada kejadianku, memuliakan rupa wajahku lalu diindahkannya dan yang telah memasukkan aku ke golongan muslimin.

Penjelasan: Diriwayatkan ketika Rasullullah S.A.W bercermin, beliau selalu berdoa seperti doa di atas.

Doa Mohon Dijauhkan Daripada Empat Macam Keburukan

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, jiwa yang tidak merasa puas, dan ilmu yang tidak bermanfaat. Aku memohon perlindunganMu daripada empat macam keburukan ini.